Monday, March 19, 2012

19 tahun pada 19 Mac.

Assalamualaikum. Ini adalah entry yang telah di schedulekan. Mungkin masa korang tengah baca entry ni, si penaip tengah bertungkus lumus, hempas pulas dengan subjek MATH183.

Kerana pada 19 Mac 2012, si penaip ada paper MATH183 untuk semester keduanya pada pukul 2.15 petang hingga 5.15 petang. Mungkin juga masa korang tengah baca entry ni si penaip sedang naik gila nak menjawab kesemua soalan yang si penaip sendiri tak tahu macam mana. Math pula tu oii. Mungkin juga masa korang tengah baca entry ni si penaip sedang dengan penuh semangat memadam jalan kerja math nya yang salah. Kalau ni yang jadi, sangat shit lagi-lagi kalau jalan kerja tu panjang tapi jawapan salah! Maka, si penaip minta korang doakan kesejahteraannya menjawab paper math tu.

Okay, tak kisah la waktu bila pon korang baca entry ni sebab yang sebenarnya si penaip bukan nak menaip pasal paper math dia pon.
Photobucket

Hari ini 19 March 2012 adalah tahun ke-19 buah hati si penaip hidup di muka bumi yang indah ni. Terima kasih kepada mak buah hati kerana penat melahirkan anak lelaki yang boleh la jugak tahan handsomenya ni. Haha. Kalau tak, macam mana si penaip ni boleh sayang dekat anak dia. Ye dok.

Buat buah hati, Happy 19th birthday sayang :) Makin tua, jangan makin pelik perangai awak tu. Moga lebih handsome hendaknya. Moga lebih menyayangi si penaip ni dengan sepenuh hati. Moga lebih setia dengan si penaip. Moga tercapai cita-cita yang awak inginkan selama ni. Moga hidup diberkati. Moga lebih disayangi oleh si penaip dan moga macam-macam la lagi.

Pasal hadiah, nanti saya cuba pertimbangkan memandangkan hujung bulan empat baru la kita boleh berjumpa kan. Takpa, banyak masa lagi untuk saya fikir hadiah apa yang sesuai untuk awak yang dah 19 tahun ni.

Mungkin 19 batang lilin dah cukup memadai kan? Saya nyalakan lilin, awak tiup sampai kurus. Sweet kan hadiah kali ni? Saya tahu saya sweet. Tu salah satu cara saya nak tolong awak kuruskan semula badan awak yang semakin berbahagia tu. Maaf gurau kasar :P

HAHAHAHAHA :D

0 coretan.carutan:

I Love You!


this official blog brought to you by zati tarhizi!
©2008-2010 sentap's blog.
All Rights Reserved.