Eh kejap, manusia sekarang suka sangat dengan tarikh lawa-lawa ni kan. Asal tarikh lawa-lawa macam ni kecoh satu facebook, twitter. Then, mula la ada certain manusia yang sebarkan dakyah-dakyah merapu meraban. Kiamat la apa la. Come on, itu semua kuasa Yang Maha Esa. Kau siapa?
Eh, iklan sikit atas tu. He he.
Cantik macam mana pon tarikh tu aku tetap tak suka. Tak suka tak suka tak sukaaa! Macam biasa la penyakit malas nak balik pilahdelphia mesti datang punya lepas dah cuti panjang ni. Enam minggu tak la panjang mana. Amboi, nampak sangat tak bersyukur.
Belum pape lagi dah plan dah ni nak balik rumah weekend minggu pertama tu. Nasib baik la negeri sembilan je. Kalau negeri lain macam mana? Pening parents aku.
Takda mood langsung nak packing barang. Barang-barang yang aku bawa balik masa sem satu tu pon entah mana-mana aku campak. Baju pon ingat nak campak je dalam beg taknak buang dari hanger nanti sampai bilik tak payah susah-susah nak hanger. Wah, teruk betul anak dara ni.
Jadual untuk sem dua dah tengok. Agak pack. Tapi, takpa la. Yang penting hari Jumaat tu MESTI sampai pukul 12.00 pm je. MESTI! Dah cakap mesti tu maksudnya sama dengan Wajib! Kalau tak, aku akan mengalami kesukaran untuk pulang ke tanah air. Hahah.
Sebab ni la kot Allah takdirkan aku study dalam negara je. Buatnya rezeki aku dekat oversea. Ahh camno? Sanggup terjun flight sebab taknak pergi. Hahah #tetiba.
Ahad ni daftar kolej. Mesti jalan sesak. Tapi biar la. Takkan nak balik hari sabtu kan. Jangan harap. Semester dua ni dapat rumah dalam blok yang sama. Harap sangat dapat meja besar lagi. Taknak la meja kecil. Tak boleh letak banyak barang.
Kbai.





0 coretan.carutan:
Post a Comment