Nak tahu? Ada satu hari tu. Aku tergerak hati nak log in blogger.com. Ye la kang dah lama tak log in kang google delete blog aku tak ke nangis tak berlagu tak pasal-pasal.
So, aku pon buka la dengan terujanya sebab dah lama rasanya jiwa blogger hilang dalam diri aku ni. Blog yang aku dok rajin follow up dulu pon tak ter follow sangat dah. Sedih tak?
Broadband speed aku pon lately ni memberangsangkan since aku dok topup dia punya GB sampai satu hari tu aku terkejut beruk pasal abah tetiba tanya apesal bil broadband tetiba melambung gila babi punya. Aku pon tak jawab soalan dia, cuma senyum sebaik yang mungkin je sambil buat muka terkejut padahal aku punya pasal dok tambah gb ikut nafsu serakah ni. Speed broadband gua kalah unifi lu bro.
Dah la malas nak cerita panjang, senang cerita aku terkejut apesal blogger.com ni dah berubah. Aku ingat facebook je yang tak habis-habis renovate sampai jadi semacam.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal blogger.com ni ke ape. Sibuk dok cerita pasal kekejutan aku dengan perubahan dashboard blogger ni sampai apa sebenarnya aku nak cerita pon dah lupa.
Tunggu la nanti kalau tiba-tiba aku ingat apa sebenarnya aku nak cerita, aku update ye.
Assalamualaikum sekalian umat islam yang sedang baca.
Eh jap, aku ada instagram. Lu orang ada? Kalau sesiapa yang ada tu jom la usha instagram aku. Search @zatitarhizi okay :)
Thursday, May 10, 2012
Friday, April 20, 2012
Harapan Setinggi Gunung.
Wednesday, April 18, 2012
Tekanan maksima.
Aku letih, penat dengan perangai orang-orang disekeliling aku,
Masing-masing pentingkan diri sendiri,
Keras kepala,
Semua taknak kalah,
Semua buat hal masing-masing,
Sampai aku pon kadang-kadang jadi pentingkan diri jugak,
Kusut aku hidup dengan orang yang macam ni,
Aku diam tak bermakna aku tak rasa apa,
Aku diam sebab aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana,
Aku diam sebab aku dah bosan dengan tu semua,
Aku diam sebab aku memang pendiam,
aku bodoh,
bodoh dalam melahirkan sesuatu perasaan,
tapi tak bermakna aku takda perasaan,
aku tak tahu nak buat apa,
Diam tak bermakna aku tak kisah,
Tahun ni dah masuk tahun keberapa aku kena hadapi ni semua,
Come on, aku baru 19 tahun hidup,
Belum cukup matang dalam hidup ni rasanya,
Aku perlukan contoh,
Contoh yang baik untuk hidup akan datang,
Kalau Allah bagi aku pilihan, memang aku taknak dan takkan pilih untuk hidup macam ni,
Tapi ini semua suratan takdir,
Nak taknak aku kena ajar, kena latih juga diri terima tu semua,
Tapi! Aku rasa tak cukup kuat untuk itu.
Insan lemah.
Monday, April 16, 2012
14.4.12
Last aku pegang dslr aku, semester lepas. Semester satu. Itu pon entah bulan berapa entah. Memang dah lama tak manjakan diri dengan benda alah besar gedabak tu. Sampai dah rasa macam takda chemistry dah dengan benda tu.
Sabtu yang lepas, 14 april 2012 adalah hari pertunangan kekasih gelap saya suatu ketika dahulu. Hahahah. So, role saya adalah sebagai photographer on that day. Disebabkan aku dengan encik dslr dah tak berapa nak ada chemistry akibat hubungan yang semakin renggang maka banyak la juga gambar yang mengecewakan aku. Rasa nak hempuk camera tu dekat kepala bagi ada chemistry balik.
So, ni dia antara hasilnya.
My favourite! Macam artis youuuuuuuuuuuuuuu.
Lastly, tahniah wahai kekasih gelapku. Cepat-cepat kahwin. Cepat-cepat tukar status cik kepada puan. Kalau nak kahwin sila tunggu saya cuti semester macam sekarang ni. Senang sikit nak pergi. Hahahah suka hati den jo :P Dan dan hopefully awak puas hati dengan hasil gambar-gambar saya yang tak seberapa tu. Yang gelap ada, yang menggigil ada biasa la nervous. Haha.
Congrats on your engagement akak zue and i miss our jenab dan saodah yang sengal dulu tu :)
Friday, March 30, 2012
123456789
Semester break begin. 28 March-12 June.
What to say? Hooooooooooooooooray lah!
What to do? Errr, i don't know. Sangat kesian.
Kbye.
Subscribe to:
Posts (Atom)













